This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, July 3, 2011

Aku dan Perniagaan eBay

Mungkin bagi segelintir orang eBay merupakan sesuatu yang asing bagi mereka. Malah benda ini pada mulanya juga asing bagi diriku. Secara ringkasnya, eBay merupakan sebuah portal lelongan terbesar dan cukup gah di kalangan eBayer seluruh dunia.

Mirip seakan portal Mudah dan juga Lelong, tetapi skop pasaran bagi eBay ini lebih bersifat global; bilamana kebanyakan item dan pembeli datang dari seluruh pelosok dunia.

Menjawat jawatan baik di sektor kerajaan mahupun swasta tidak menjanjikan kebebasan kewangan yang teguh. Sebaiknya, memerlukan pendapatan sampingan atau saluran kedua. Begitulah yang boleh ditakrifkan kepada gaya hidup dan keperluan masa kini.
Aku percaya perkara tersebut menyelubungi 85 % daripada kita. Bukan hanya kerana gaya hidup tetapi yang jelasnya keperluan dan bebanan hidup pada masa kini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkeluarga yakni berumahtangga.

Dipendekan cerita, aku mula mengenali eBay ni sekitar tahun 2009 .  Tetapi aku tidak pernah ambil pusing. Saat itu, aku terlampau komited dengan tugasan hakiki ; iaitu tugasan pejabat. Sukar untuk aku memberikan tumpuan bagi perkara yang memerlukan  aku untuk melakukannya di luar masa bekerja.

Aku bukan seorang yang sweet talker dan aku seorang yang tidak betah dalam cubaan meyakinkan prospek. Perniagaan yang bersifat konvesional bukan medium pilihan bagi aku. Akhirnya, saban tahun, aku mula menjengah portal eBay. Aku daftar dan aku berlalu begitu sahaja.

Entah bagaimana, selang beberapa minggu kemudian, bermodalkan RM5.00 ; aku membeli DVD asli ; di datangkan dari Amerika, Eropah dan juga Kanada.  Kesemuanya ada 5 box set. DVD tersebut dengan judul "Criminal Intend", "ER" dan "HEROES" aku beli di jualan lelong di salah sebuah syarikat kurier tempatan. 
Percubaan pertama aku untuk melakukan jualan di eBay. Bermodalkan RM5.00 tadi; aku meraih perolehan pertama dari jualan secara Buy It Now (BIN) format; sekitar RM80.++ .

Sesuatu yang cukup bermakna dan manis dalam hidup aku. Aku mulai menarik nafas lega. Tetapi ianya tidak berakhir di situ. Segalanya akan aku sambung pada coretan seterusnya.

Friday, June 24, 2011

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog ini. Blog ini merupakan salah satu medium ataupun juga wadah untuk saya berkongsi pelbagai perkara  yang tidak hanya berkisar kepada peribadi saya tetapi pada masa yang sama mencakupi apa sahaja yang mungkin boleh kita manfaat bersama.

Sebarang komentar dan gagasan anda sedikit sebanyak membantu di dalam penambahbaikan blog ini.

Sekian

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More